|
PIAGAM PELANGGAN
BAHAWASANYA KAMI WARGA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SAINT THOMAS, KUANTAN DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN SELURUH USAHA DAN TENAGA KAMI BAGI
Mengiktiraf hak-hak pelanggan untuk :
- Mendapatkan sistem khidmat pendidikan yang terbaik melalui pengurusan yang cekap, berkualiti, berkesan dan dinamik berteraskan kepada peningkatan yang berterusan.
- Memberi maklum balas dan penilaian serta mendapat respons positif.
MELALUI BAKTI BUDI KAMI DENGAN
KECEMERLANGAN ILMU
- Membimbing pelajar ke arah kecemerlangan akademik dan kokurikulum.
- Menjamin pembangunan modal insan yang seimbang melalui pengajaran dan pembelajaran ilmu yang bersepadu.
- Melahirkan sikap positif terhadap ilmu dan keintelektualan melalui pengamalannya sepanjang hayat.
- Melahirkan modal insan yang berketerampilan, kreatif, inovatif dan mempunyai daya saing yang tinggi.
KEMAPANAN SAHSIAH
- Membimbing pelajar membentuk sahsiah yang mulia melalui pemupukan dan penghayatan amalan nilai-nilai murni berdasarkan Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
- Melahirkan pelajar berdisiplin, bertanggungjawab, berbudi bahasa , jujur, amanah dan berhemah tinggi.
KESEJAGATAN KEPIMPINAN
- Melahirkan pemimpin yang beriman, tegas, berani, bertoleransi dan bijaksana.
- Melahirkan pemimpin yang mempunyai visi dan misi yang jelas serta murni.
KEJITUAN PATRIOTISME
- Mewujudkan kesedaran diri sebagai warganegara yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi.
- Menanam semangat rela berkorban untuk negara dan menyokong serta merealisasikan dasar-dasar negara.
- Melahirkan semangat kekitaan yang kental, saling menghormati dan berkasih sayang tanpa batas kaum dan status.
|