| Print | |
"CHESS FOR ALL, CHESS FOR LIFE" Permainan catur bukan sahaja merupakan satu permainan tetapi juga satu seni dan satu sains. Permainan ini dapat meningkatkan keupayaan minda dan daya pemikiran yang kritis dan kreatif. Program "CHESS FOR ALL, CHESS FOR LIFE" yang dimulakan pada tahun lepas, 2009 bertujuan untuk menyebar luas pengetahuan dan kemahiran bermain catur kepada semua warga pendidik di SMK St. Thomas. Berikut merupakan beberapa program yang telah dijalankan.
Bengkel Catur untuk Semua Pengawas Satu bengkel catur telah dijalankan untuk semua pengawas pada awal tahun 2009. Tujuannya adalah untuk melatih pengawas menjadi jurulatih catur untuk mengajar para pelajar yang lain. Pertandingan Catur Cina Peringkat Daerah 2009 Pada tahun 2009, SMK St. Thomas telah dipilih sebagai urus setia dalam MSSD pertandingan catur Cina. Pertandingan Catur Peringkat Sekolah Kelab Catur telah menganjurkan beberapa pertandingan catur di antara kelas dan rumah sukan. Catur di dalam dan di luar kelas Setelah berjaya menguasai kemahiran asas dalam permainan catur, para pelajar memulai meminati bermain catur sama ada di dalam atau di luar kelas sewaktu adanya masa lapang. "Chess For Education" by Cik Khairunnisa (National Woman Master (NWM) and National Instructor (NI)title holder) Pihak sekolah telah menjemput Cik Khairunnisa yang mempunyai pengetahuan luas dan kemahiran yang tinggi mengenai permainan catur. Beliau juga pernah mewakili Malaysia dalam pertandingan catur antarabangsa. "Chess for Education" telah diadakan untuk semua pelajar kelas Smart tingkatan satu hingga tiga. Pembinaan Set Catur dan Demonstrasi Satu set catur kayu yang besar telah dibina dan dicat oleh Kelab Catur dan Kelab Seni. Satu demostrasi permainan catur juga dibuat oleh kelas 2 Smart 2009. Pembinaan Tapak Catur oleh Kelab Catur dan Kelab Seni Mural dan Poster Catur Mural dan poster catur telah dilukis oleh para pelajar di sekitar sekolah. Tujuannya adalah untuk menimbulkan rasa minat pelajar dalam permainan catur dan menerangkan peraturan-peraturan permainan catur. Cargill Palm Products Sdn Bhd.-Penderma Utama untuk Program Catur -Chess For All, Chess For life
|
Last Updated on Saturday, 31 March 2012 22:33 |