Pertandingan Catur Rapid Tertutup | Print |  E-mail
Written by Pn Khor Got Hun   

Tarikh : 1 Oktober 2011 ( 8.00 pagi - 3.00 petang)

Seramai 45 peserta dari Tingkatan 1 Smart dan 2 Smart telah mengambil bahagian dalam pertandingan tertutup ini. Dan inilah kali pertama kebanyakan dari peserta ini yang mengambil bahagian. Pada peringkat awal pertandingan keadaan agak kelam kabut memandangkan kesemua pemain tidak biasa dengan suasana pertandingan dan penggunaan jam yang agak asing bagi mereka. Lama kelamaan setelah pusingan keempat, keadaan agak terkawal sedikit.

Kelab Catur sekolah juga mengambil kesempatan ini untuk melatih para petugas bergelar arbiter pada pertandingan ini, dan ternyata para pelajar tidak menghampakan kerana mampu memikul tugas membuat keputusan dengan baik, dengan panduan yang diberi serta pengawasan dari pihak Setia Chess Centre yang diketuai oleh Cik Khairunnisa.

Kelab Catur ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Pengetua sekolah , Tuan Hj Asruddin bin Abas yang sudi meluangkan masa untuk menyampaikan hadiah dan menutupkan pertandingan ini.

Berikut adalah keputusan pertandingan ini:

Tempat Pertama : Muhd Fikrie

Tempat kedua :Harresh

Tempat ketiga  Muhd Shamsuri

Tempat keempat: Ng Jian Yew

Tempat kelima :Ong Zhen Ve

 

 

Laporan lanjut sila rujuk Kelab Catur Setia Kuantan

 

Last Updated on Saturday, 31 March 2012 22:33
 
Home Kebitaraan Sekolah Catur Pertandingan Catur Rapid Tertutup
Joomla! Template design and develop by JoomVision.com - http://www.joomvision.com
UGG Classic Jimmy Choo Outlet Moncler Women Vests Moncler Mens http://www.pasolinimedellin.com/research/ http://www.pasolinimedellin.com/partners.html Moncler Jackets Christian Louboutin Online Cheap Jimmy Choo outlet Canada Goose Parkas Christian Louboutin Pumps