logo2

catur
KEJOHANAN CATUR RAPID SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH | Print |  E-mail
Sunday, 24 June 2012 15:42

Kelab Catur SMK St. Thomas berkerjasama dengan PPD Kuantan, Persatuan Catur Daerah Kuantan dan Setia Chess Centre menganjurkan Kejohanan Catur Rapid Berpasukan Sekolah-sekolah Menengah pada 23 jun 2012 bertempat Dewan SMK St Thomas. Kejohanan ini telah mendapat sambutan yang baik daripada murid-murid di sekitar Kuantan. Setiap pasukan telah merancang strategi yang terbaik untuk mendapat mata untuk kumpulan. Selepas persaingan yang hebat, SMK St Thomas - Kumpulan A telah muncul sebagai Johan, tahniah diucapkan.Semua maklumat/data kejohanan ini akan dimuat ke blog Persatuan catur Malaysia The international Chess Tournaments Results dan juga blog Setia chess Centre

Berkut adalah keputusan Kejohanan:

Johan Berpasukan : SMK St Thomas Kumpulan A

N. Johan Berpasukan : SMK Abdul Rahman Talib

Tempat Ketiga berpasukan : SMK Sultan Abu Bakar

Papan Terbaik Pertama : Muhd Yusuf Ismail – SMK Paya Besar

Papan Terbaik Kedua : Anis Nadzar –SMK Sg Isap

Papan Terbaik Ketiga : Phuah jun Sean- SMK St Thomas A

Papan Terbaik Keempat : Muhd Alif Imran b Yuraselan – SMK St Thomas A

Papan Terbaik Kelima : Muhd Harith Farhan – SMK Abdul Rahman Talib

Papan Terbaik Keenam- Nur Aisyah Nabilla Zaidi – SMK Paya Besar B

 

 

 

Last Updated on Sunday, 24 June 2012 20:20
 
MSSD CATUR | Print |  E-mail

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Rizwan Aryzona telah mendapat tempat keempat dalam kejohanan MSSD Catur. Dia juga dipilih untuk mewakili daerah Kuantan dalam MSSP yang akan berlangsung di Cameron Highlands nanti. Tahniah diucapkan.

Catur merupakan salah satu kebitaraan sekolah. Semua murid harus tahu bermain catur. Ridwan mengatakan selepas dia mengikuti program chess for all, chess for life yang dianjurkan oleh pihak sekolah, kadar konsentrasinya meningkat, dan dia dapat fokus dan mengingati fakta dengan senang. Ridwan merupakan salah seorang murid yang mendapatkan semua mata pelajaran A dalam PMR 2011.

Last Updated on Sunday, 01 April 2012 20:57
 
Kelas Catur | Print |  E-mail

Untuk makluman dan tindakan semua ibu bapa/penjaga Tingkatan 1 Smart, 1 Mercury dan 2 Smart,

 

Last Updated on Saturday, 31 March 2012 22:33
 
Pertandingan Catur Rapid Tertutup | Print |  E-mail
Written by Pn Khor Got Hun   

Tarikh : 1 Oktober 2011 ( 8.00 pagi - 3.00 petang)

Seramai 45 peserta dari Tingkatan 1 Smart dan 2 Smart telah mengambil bahagian dalam pertandingan tertutup ini. Dan inilah kali pertama kebanyakan dari peserta ini yang mengambil bahagian. Pada peringkat awal pertandingan keadaan agak kelam kabut memandangkan kesemua pemain tidak biasa dengan suasana pertandingan dan penggunaan jam yang agak asing bagi mereka. Lama kelamaan setelah pusingan keempat, keadaan agak terkawal sedikit.

Kelab Catur sekolah juga mengambil kesempatan ini untuk melatih para petugas bergelar arbiter pada pertandingan ini, dan ternyata para pelajar tidak menghampakan kerana mampu memikul tugas membuat keputusan dengan baik, dengan panduan yang diberi serta pengawasan dari pihak Setia Chess Centre yang diketuai oleh Cik Khairunnisa.

Kelab Catur ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Pengetua sekolah , Tuan Hj Asruddin bin Abas yang sudi meluangkan masa untuk menyampaikan hadiah dan menutupkan pertandingan ini.

Berikut adalah keputusan pertandingan ini:

Tempat Pertama : Muhd Fikrie

Tempat kedua :Harresh

Tempat ketiga  Muhd Shamsuri

Tempat keempat: Ng Jian Yew

Tempat kelima :Ong Zhen Ve

 

 

Laporan lanjut sila rujuk Kelab Catur Setia Kuantan

 

Last Updated on Saturday, 31 March 2012 22:33
 
| Print |  E-mail

"CHESS FOR ALL, CHESS FOR LIFE"

Permainan catur bukan sahaja merupakan satu permainan tetapi juga satu seni dan satu sains. Permainan ini dapat meningkatkan keupayaan minda dan daya pemikiran yang kritis dan kreatif. Program "CHESS FOR ALL, CHESS FOR LIFE" yang dimulakan pada tahun lepas, 2009 bertujuan untuk menyebar luas pengetahuan dan kemahiran bermain catur kepada semua warga pendidik di SMK St. Thomas. Berikut merupakan beberapa program yang telah dijalankan.

 

catur

Bengkel Catur untuk Semua Pengawas

Satu bengkel catur telah dijalankan untuk semua pengawas pada awal tahun 2009. Tujuannya adalah untuk melatih pengawas menjadi jurulatih catur untuk mengajar para pelajar yang lain.

IMGP1686
IMGP1686
IMGP1691
IMGP1698
IMGP1700

Pertandingan Catur Cina Peringkat Daerah 2009

Pada tahun 2009, SMK St. Thomas telah dipilih sebagai urus setia dalam MSSD pertandingan catur Cina.

caturcina

IMG_1083
IMG_1083
IMG_1112
IMG_1134
IMG_1142
IMG_1168
IMG_1171
IMG_1174

Pertandingan Catur Peringkat Sekolah

Kelab Catur telah menganjurkan beberapa pertandingan catur di antara kelas dan rumah sukan.

IMGP5322
IMGP5322
IMGP5324
IMGP5325
IMGP5326

Catur di dalam dan di luar kelas

Setelah berjaya menguasai kemahiran asas dalam permainan catur, para pelajar memulai meminati bermain catur sama ada di dalam atau di luar kelas sewaktu adanya masa lapang.

IMGP1626
IMGP1626
IMGP1635
IMGP1637
IMGP2289
IMGP2295
IMGP2299
IMGP2306
IMGP2442
IMGP2445
IMGP3429
IMGP3431

"Chess For Education" by Cik Khairunnisa (National Woman Master (NWM) and

National Instructor (NI)title holder)

Pihak sekolah telah menjemput Cik Khairunnisa yang mempunyai pengetahuan luas dan kemahiran yang tinggi mengenai permainan catur. Beliau juga pernah mewakili Malaysia dalam pertandingan catur antarabangsa. "Chess for Education" telah diadakan untuk semua pelajar kelas Smart tingkatan satu hingga tiga.

DSCN7620
DSCN7620
DSCN7621
DSCN7624
DSCN7626
DSCN7658
DSCN7659
DSCN7660

Pembinaan Set Catur dan Demonstrasi

Satu set catur kayu yang besar telah dibina dan dicat oleh Kelab Catur dan Kelab Seni. Satu demostrasi permainan catur juga dibuat oleh kelas 2 Smart 2009.

DSCN7675
DSCN7675
DSCN7676
DSCN7677
IMGP2278
IMGP2279
IMGP5629
IMGP5641
IMGP5645
IMGP5649

Pembinaan Tapak Catur oleh Kelab Catur dan Kelab Seni

DSCN7054
DSCN7054
DSCN7055
DSCN7066
IMGP3749
IMGP3753
IMGP3754
IMGP3760
IMGP3761

Mural dan Poster Catur

Mural dan poster catur telah dilukis oleh para pelajar di sekitar sekolah. Tujuannya adalah untuk menimbulkan rasa minat pelajar dalam permainan catur dan menerangkan peraturan-peraturan permainan catur.

DSCN1
DSCN1
DSCN7041
DSCN7044
DSCN7045
DSCN7068
DSCN7558
IMGP4431

Cargill Palm Products Sdn Bhd.-Penderma Utama untuk Program Catur -Chess For All, Chess For life

IMGP4018
IMGP4018
IMGP4020
IMGP4021
IMGP4022
IMGP4024
IMGP4025
IMGP4027
IMGP4028
IMGP4031
IMGP4033
IMGP4036
IMGP4042
IMGP4056

 

Last Updated on Saturday, 31 March 2012 22:33
 


Home Kebitaraan Sekolah Catur
Joomla! Template design and develop by JoomVision.com - http://www.joomvision.com